Showing posts with label siri peringatan buat DIRIKU yang lupa. Show all posts
Showing posts with label siri peringatan buat DIRIKU yang lupa. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

MUDAHNYA ISLAM..jangan susahkan..



Islam adalah agama yang sangat mudah untuk dipraktikkan, syariatnya sesuai dengan setiap masa,keadaan dan zaman. Sebagai seorang yang bergelar muslimah, andai kita tahu menghargai diri dan melaksanakan tuntutan syariat sepenuhnya tiada yang susah untuk kita amalkan..selamat beramal.
JOM TUTUP AURAT dengan sempurna ♥


my hijab my pride~


AZZAM COLLECTIONS


*klik gambar untuk paparan lebih jelas



Komik dihasilkan atas usaha program 'Lets do Fun Dakwah' oleh Bhes (Biro Hal-Ehwal Siswi) pada 23 Nov 2012 yang lalu. 

Semoga bermanfaat :) 
Sebarkan seluas mungkin.

#Lukisan Nurulain Binti Mohd Taif, pelajar tahun 3 Jabatan Syariah. Barakallahu feeki :)

diambil daripada sumber facebook

Saturday, September 8, 2012

PUASA 6 SYAWAL..USAH DIBIARKAN BERLALU


Alhamdulillah, sudah masuk fasa 10 hari terakhir di bulan Syawal. Bagaimana amalan dan kesan dari RAMADAN yang lepas?Semoga tarbiah yang dilalui sepanjang sebulan kita berpuasa sebelum ini mampu mencorakkan diri kita yang lebih baik.

Syawal amat sinonim dengan rumah terbuka yang amat digalakkan kerana selain tuan rumah mendapat pahala menjamu saudara mara,sahabat handai dan jiran-jiran,silaturrahim antara kita juga dapat dieratkan. Namun, dalam kita meraikan syawal yang penuh bermakna ini jangan lupa ibadah sunnah yang sangat bernilai  iaitu PUASA ENAM SYAWAL.

Kami dari keluarga AZZAM COLLECTIONS sengaja mengambil kesempatan di penghujung syawal bagi mengingatkan akan kelebihan puasa enam ini.  Untuk yang masih belum memulakan atau masih belum habis berpuasa enam, usah risau..tiada istilah terlambat kerana sahabat-sahabat masih berpeluang. Syawal masih lagi bersama anda, dan mulakanlah hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Didiklah nafsu kita, usah berkira untuk berpuasa 6 daripada 30 syawal yang ada..

Dan, tidak lupa bagi yang masih ragu-ragu mempunyai persoalan mengenai hukum antara mengqada' puasa dan menggabungkannya dengan puasa enam syawal ini, kami mengesyorkan sahabat-sahabat untuk membaca artikel bermanfaat dari  ustaz zaharuddin.

SELAMAT BERAMAL~

AZZAM COLLECTIONS
22 Syawal 1433H, El-Mansoura,
Republic Arab of Egypt

Tuesday, September 4, 2012

TAHUKAH ANDA? 4 SEPTEMBER merupakan HARI HIJAB SEDUNIA


4 September setiap tahun diistiharkan sebagai Hari Hijab Sedunia. Ianya rentetan daripada peristiwa Larangan Pemakaian Tudung oleh Kerajaan Perancis terhadap Wanita Muslim pada 4 September 2002. Hari ini genap 10 tahun ia diraikan.

Yang menghairankan adalah Wanita Muslim di barat berjuang bersungguh-sungguh untuk menuntut hak menutup aurat sedangkan segelintir Wanita Muslim di Malaysia bersenang-lenang menayangkan aurat mereka kepada yang bukan mahram. Nauzubillah

Bahkan wanita Muslim di Barat sanggup mati mempertahankannya!

Tahniah buat semua wanita muslim yang teguh mempertahankan hijab anda..yang rasa pemakaian hijabnya masih belum sempurna ayuh,jadikan hari ini titik mula untuk anda berubah! SELAMAT BERAMAL~

My Hijab, My Pride

AZZAM COLLECTIONS~
email :voipmans@gmail.com
fbpage: Jubah Egyptian Cotton

Monday, July 2, 2012

[ JOM BACA ] : SEBARKAN ISLAM MELALUI PERNIAGAAN

Bidang perniagaan banyak memberi ilmu dan pengalaman. Tidak kira anda merupakan seorang penjual atau pembeli maka anda merupakan individu yang terlibat di dalam situasi yang ingin dikongsi ini. Apabila terlibat dalam perniagaan, maka sudah tentu tidak akan terlepas dari risiko untung rugi, dan pelbagai lagi masalah yang lain. Namun, ISLAM adalah agama yang "syumul" atau sempurna yang mempunyai syariat dalam semua urusan kehidupan kita.

Pernah rasa malu untuk menceburi bidang perniagaan? Entah kenapa, namun perkara ini rasanya lumrah. Malu diherdik,malu kalau barang tak laku, malu untuk mempromosi dan dilabel sebagai penjual atau penjaja. Perasaan malu untuk berniaga seharusnya dilontar jauh-jauh. Penat juga diketepikan. Kerana berniaga ini adalah sunnah dan digalakkan di dalam Islam,  Rasulullah bersabda: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)


Dan yang paling penting, berniaga ini mendidik erti sabar dan jujur. 

" Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."
                                                                                       [ Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary ]


Galakan Berniaga

• Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.
• Rasulullah S.A.W. pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti Khuwailid r.a. ke negeri Syam.
• Terdapat juga di kalangan sahabat terlibat dengan aktiviti perniagaan yang besar di Makkah dan Madinah seperti Abdul Rahman bin Auf.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengabarkan:يا معشر التجار إن الشيطان والإثم يحضران البيع فشوبوا بيعكم بالصدقة 

“Wahai para pedagang, sesungguhnya setan dan dosa hadir dalam jual-beli. Maka iringilah jual-belimu dengan banyak bersedekah” (HR. Tirmidzi 1208, ia berkata: “Hadits ini hasan shahih”) 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam sendiri adalah pedagang. Abu Bakar ASh Shiddiq radhiallahu’anhu adalah pedagang pakaian. Umar radhiallahu’anhu pernah berdagang gandum dan bahan makanan pokok. ‘Abbas bin Abdil Muthallib radhiallahu’anhu adalah pedagang. Abu Sufyan radhiallahu’anhu berjualan udm (camilan yang dimakan bersama roti) (Dikutip dari Al Bayan Fi Madzhab Asy Syafi’i, 5/10).
sumberadab-dalam-berniaga
• Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan dan perhubungan yang baik sesama manusia. Firman Allah S.W.T.: (Surah AI-Baqarah: Ayat 275) Maksudnya: Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.


Adab-Adab Berniaga

  • Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.
  • Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.
  • Bekerjasama bermaksud penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
  • Tekun perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.
  • Menjauhi perkara yang haram penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.
  • Melindungi penjual dan pembeli penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.


Akhir kalam dari kami, semoga perniagaan AZZAMEGySHOPi menepati ciri-ciri ini :*memberi faedah kepada pembeli (tidak haram dan memberi mudarat)*tiada penipuan,
*memberitahu segala ciri2 produk dengan terperinci,
*tiada unsur tersembunyi dan
*kedua-dua pihak harus saling meredhai


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

where your hijab is your pride~

Anggun Bergaya Aurat Terpelihara_AZZAM COLLECTIONS 

Saturday, June 30, 2012

[NEW] KOLEKSI SARUNG LENGAN GRIP BERCORAK

Peliharalah diri anda sesempurna mungkin kerana aurat itu maruah anda. Seringkali kita lihat, ramai muslimah di luar sana yang agak mengabaikan aurat lengan yang "terselak" ketika membuat kerja atau melakukan aktiviti seharian. JOM pakai sarung lengan kerana di samping anda menyempurnakan tuntutan, anda masih boleh kelihatan menarik dan anggun bergaya. Penggunaan sarung lengan akan membuatkan lengan anda terlindung dan terselamat (^,~)

SARUNG LENGAN GRIP BERCORAK 
(ukuran pjg : 26cm)

HARGA : RM 5.00/pcs


HARGA BORONG : sila hubungi AZZAMEGySHOPi melalui email voipmans@gmail.com atau pm page Jubah Egyptian Cotton

Selesa dipakai
Mempunyai grip di hujung,tidak longgar walaupun berlengan kurus^^
Terdapat pelbagai warna menarik

KOD & WARNA
SL 1 - pink terang
SL 2 - Merah terang
SL 3 - pink cair
SL 4 - pink pekat
SL 5 - ungu sederhana
SL 6 - kelabu pekat
SL 7 - hijau turqoise
SL 8 - hijau gelap
SL 9 - maroon gelap
SL 10 - pink coklat
SL 11 - coklat pekat
SL 12 - coklat kusam (kaler kulit)
SL 13 - hitam
SL 14 - putih
SL 15 - hijau muda cair
SL 16 - hijau muda pekat
SL 17 - kuning pekat
SL 18 - biru tua cair
SL 19 - biru muda pekat
SL 20 - biru tua pekat
SL 21 - biru tua sederhana pekat
SL 22 - oren pekat
SL 23 - krim

where your hijab is your pride~

Anggun Bergaya Aurat Terpelihara_AZZAM COLLECTIONS

Sunday, June 24, 2012

STOKIN SANDY DARI MESIR [ STOK BARU JUN 2012 ]



Duhai muslimah-muslimah yg dikasihi....tudung sudah dilabuhkan, baju sudah dilonggarkan dan ditebalkan...jangan lupa kakimu juga aurat..ayuh sama-sama kita cover aurat kita mengikut syariat sepenuhnya..
p/s : ingat ya, KAKI juga AURAT ^_^

where your hijab is your pride~

Anggun Bergaya Aurat Terpelihara_AZZAM COLLECTIONS

JOM TUTUP AURAT!



**untuk belian secara borong, sila berhubung dengan AZZAM COLLECTIONS melalui email : voipmans@gmail.com atau ym kami nh_ik4655@yahoo.com. Jemput layari page facebook kami di Jubah Egyptian Cotton