Saturday, September 8, 2012

PUASA 6 SYAWAL..USAH DIBIARKAN BERLALU


Alhamdulillah, sudah masuk fasa 10 hari terakhir di bulan Syawal. Bagaimana amalan dan kesan dari RAMADAN yang lepas?Semoga tarbiah yang dilalui sepanjang sebulan kita berpuasa sebelum ini mampu mencorakkan diri kita yang lebih baik.

Syawal amat sinonim dengan rumah terbuka yang amat digalakkan kerana selain tuan rumah mendapat pahala menjamu saudara mara,sahabat handai dan jiran-jiran,silaturrahim antara kita juga dapat dieratkan. Namun, dalam kita meraikan syawal yang penuh bermakna ini jangan lupa ibadah sunnah yang sangat bernilai  iaitu PUASA ENAM SYAWAL.

Kami dari keluarga AZZAM COLLECTIONS sengaja mengambil kesempatan di penghujung syawal bagi mengingatkan akan kelebihan puasa enam ini.  Untuk yang masih belum memulakan atau masih belum habis berpuasa enam, usah risau..tiada istilah terlambat kerana sahabat-sahabat masih berpeluang. Syawal masih lagi bersama anda, dan mulakanlah hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Didiklah nafsu kita, usah berkira untuk berpuasa 6 daripada 30 syawal yang ada..

Dan, tidak lupa bagi yang masih ragu-ragu mempunyai persoalan mengenai hukum antara mengqada' puasa dan menggabungkannya dengan puasa enam syawal ini, kami mengesyorkan sahabat-sahabat untuk membaca artikel bermanfaat dari  ustaz zaharuddin.

SELAMAT BERAMAL~

AZZAM COLLECTIONS
22 Syawal 1433H, El-Mansoura,
Republic Arab of Egypt

No comments:

Post a Comment