Saturday, September 8, 2012

PUASA 6 SYAWAL..USAH DIBIARKAN BERLALU


Alhamdulillah, sudah masuk fasa 10 hari terakhir di bulan Syawal. Bagaimana amalan dan kesan dari RAMADAN yang lepas?Semoga tarbiah yang dilalui sepanjang sebulan kita berpuasa sebelum ini mampu mencorakkan diri kita yang lebih baik.

Syawal amat sinonim dengan rumah terbuka yang amat digalakkan kerana selain tuan rumah mendapat pahala menjamu saudara mara,sahabat handai dan jiran-jiran,silaturrahim antara kita juga dapat dieratkan. Namun, dalam kita meraikan syawal yang penuh bermakna ini jangan lupa ibadah sunnah yang sangat bernilai  iaitu PUASA ENAM SYAWAL.

Kami dari keluarga AZZAM COLLECTIONS sengaja mengambil kesempatan di penghujung syawal bagi mengingatkan akan kelebihan puasa enam ini.  Untuk yang masih belum memulakan atau masih belum habis berpuasa enam, usah risau..tiada istilah terlambat kerana sahabat-sahabat masih berpeluang. Syawal masih lagi bersama anda, dan mulakanlah hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Didiklah nafsu kita, usah berkira untuk berpuasa 6 daripada 30 syawal yang ada..

Dan, tidak lupa bagi yang masih ragu-ragu mempunyai persoalan mengenai hukum antara mengqada' puasa dan menggabungkannya dengan puasa enam syawal ini, kami mengesyorkan sahabat-sahabat untuk membaca artikel bermanfaat dari  ustaz zaharuddin.

SELAMAT BERAMAL~

AZZAM COLLECTIONS
22 Syawal 1433H, El-Mansoura,
Republic Arab of Egypt

Tuesday, September 4, 2012

TAHUKAH ANDA? 4 SEPTEMBER merupakan HARI HIJAB SEDUNIA


4 September setiap tahun diistiharkan sebagai Hari Hijab Sedunia. Ianya rentetan daripada peristiwa Larangan Pemakaian Tudung oleh Kerajaan Perancis terhadap Wanita Muslim pada 4 September 2002. Hari ini genap 10 tahun ia diraikan.

Yang menghairankan adalah Wanita Muslim di barat berjuang bersungguh-sungguh untuk menuntut hak menutup aurat sedangkan segelintir Wanita Muslim di Malaysia bersenang-lenang menayangkan aurat mereka kepada yang bukan mahram. Nauzubillah

Bahkan wanita Muslim di Barat sanggup mati mempertahankannya!

Tahniah buat semua wanita muslim yang teguh mempertahankan hijab anda..yang rasa pemakaian hijabnya masih belum sempurna ayuh,jadikan hari ini titik mula untuk anda berubah! SELAMAT BERAMAL~

My Hijab, My Pride

AZZAM COLLECTIONS~
email :voipmans@gmail.com
fbpage: Jubah Egyptian Cotton